Posts

Showing posts with the label AAC (Advanced Audio Coding)

Terminologi audio PC

Fahami terminologi audio PC Antara trend terkini dalam dunia rakaman dan audio global ialah proliferasi teknologi pemampatan audio  MP3 yang kini mengubah landskap storan dan permainan lagu-lagu secara lebih berkesan, khususnya dari segi pemindahan fail-fail lagu merentasi Internet. Untuk memahami lebih mendalam fenomena itu, berikut disenaraikan beberapa bahasa (lingo) yang berkaitan dengan teknologi audio dan video. AAC (Advanced Audio Coding):  Juga dipanggil MPEG-2 AAC atau MPEG-2 NBC. Codec audio ini adalah lanjutan kepada codec MP3 ciptaan Fraunhofer-Gesellschaft.Kemajuan teknologi membolehkan bunyi berasaskan kod fail AAC pada 96 kilobit sesaat lebih berkualiti berbanding fail kod MP3 pada 128 kbps.  ADPCM (Adaptive Differential Pulse Code Modulation):  Format pengekodan ini menghasilkan saiz fail lebih kecil berbanding format WAV atau AIFF, malah format audio CD biasa. Terdapat beberapa format ADPCM, antaranya IMA...