Terminologi audio PC
   Fahami terminologi audio PC         Antara trend terkini dalam dunia rakaman dan  audio global ialah proliferasi teknologi  pemampatan audio  MP3 yang kini mengubah  landskap storan dan permainan lagu-lagu  secara lebih berkesan, khususnya dari segi   pemindahan fail-fail lagu merentasi  Internet. Untuk memahami lebih mendalam  fenomena itu, berikut disenaraikan beberapa  bahasa (lingo) yang berkaitan dengan  teknologi audio dan video.     AAC (Advanced  Audio Coding):      Juga dipanggil MPEG-2 AAC atau  MPEG-2 NBC. Codec audio ini adalah lanjutan kepada codec MP3 ciptaan  Fraunhofer-Gesellschaft.Kemajuan teknologi  membolehkan bunyi berasaskan kod fail AAC  pada 96 kilobit sesaat lebih berkualiti berbanding fail kod MP3 pada 128 kbps.      ADPCM (Adaptive Differential Pulse Code  Modulation):      Format pengekodan ini  menghasilkan saiz fail lebih kecil berbanding  format WAV atau AIFF, malah format audio CD  biasa. Terdapat beberapa format ADPCM, antaranya IMA...
